Seorang wanita telah dirogol secara bergilir-gilir, dibunuh dan mayatnya pula digantung pada pokok dalam satu kes yang hampir sama dengan kejadian pemerkosaan dan pembunuhan dua gadis di India bulan lepas.
Polis di Pakistan menyatakan mangsa yang dikenali Muzammil Bibi telah diserang tiga lelaki di sebuah ladang di kawasan Layyah di wilayah Punjab.
Kejadian tidak berperi kemanusiaan itu dikatakan berlaku Khamis lalu tetapi dilapor kepada polis keesokannya selepas penduduk tempatan menemui mayat mangsa tergantung pada pokok.
Jurucakap polis, Ghazi Salahudin menyatakan Muzammil merupakan anak sulung daripada lapan beradik digantung selepas diperkosa supaya dia dilihat seperti membunuh diri.
Suspek yang dikenali Saqib dipercayai berkenalan dengan mangsa enam bulan lalu selepas mengunjungi rumahnya selaku pembantu pemborong sayur.
Sehari sebelum pembunuhan itu, Saqib membawa Muzammil ke kedai tempat dia bekerja.
Dia membawanya ke atas loteng bangunan kedai itu iaitu tempat dua rakannya menunggu. Apabila Saqib memujuknya supaya mengadakan seks dengan ketiga-tiga mereka, Muzammil melawan. Kemudian, mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh.
0 Komentar untuk "KESIAN !!! GADIS NI DIROGOL BERAMAI - RAMAI , DIBUNUH DAN MAYAT DIGANTUNG OLEH SEKUMPULAN BIADAP ( 2 GAMBAR )"