Artis Tersilap Majlis..weaii Malu Ehh..!!


SS tidak tahu sama ada hendak ketawa, simpati atau apa dengan kejadian yang menimpa seorang artis wanita ini. SS mulanya kasihan namun apabila berfikir balik rasanya dia pun sepatutnya kenalah bijak cari jalan penyelesaian. SSdimaklumakan dia terbabit dalam sebuah acara yang mana dia pun tidak sangka akan berkongsi tempat dengan orang-orang alim.

Dia seperti biasa tampil dengan imejnya yang cukup seksi namun tidak sangka apabila majlis yang dihadiri itu turut diserta golongan itu. Apa lagi, dia yang berpakaian seperti "tidak cukup kain" tu serta-merta menjadi malu dan serba-salah. Kahbarnya, lama jugalah dia mengumpul kekuatan untuk menyertai mereka dan reda saja apa lagi dia pun sudah terlanjur mengenakan penampilan sedemikian.

SS tidak mahu jatuh hukumlah tapi dalam hal-hal sebegini, itulah masanya kita harus sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang kita tidak jangka. Memang benar kita tidak boleh menolak takdir namun sekurang-kurangnya ada inisiatif sentiasa bersedia.

Bagi SS sepatutnya sudah tahu penampilanya iyu mungkin boleh menjadi jerat kepada dirinya, bawalah siap-siap persalinan lain ataupun sesuatu yang sekurang-kurangnya boleh menutup imej seksinya itu.

Bagaimanapun, SS tabik juga dengan artis ini kerana sekurang-kurangnya pandai juga dia berasa malu apabila berhadapan insiden itu. Tapi, bagaimanapula yang memang tidak ada perasaan seperti itu langsung bahkan berlagak megah dengan penampilan melebih-lebih.?
0 Komentar untuk "Artis Tersilap Majlis..weaii Malu Ehh..!!"

 
Copyright © 2014 Keat Berita - All Rights Reserved
Template By Catatan Info