Perang Saudara Antara Chacha Maembong Dan Ayahnya Mencetuskan Kontroversi.


Isu pertelingkahan antara Ismail Embong dan anaknya semakin memuncak. Terbaru Ismail Embong menulis bahawa dia tidak mempunyai anak bernama Chacha. Dasyat-dasyat!! Amaran Ismail Embong ini sudah diketegorikan paling menyedihkan.

Bukan itu sahaja, Ismail Embong turut melebelkan anak yang sanggup melukai hatinya sebagai anak derhaka. Sebelum ini Ismail Embong turut melahirkan rasa kecewa kerana anaknya lagi satu Yaya Maembong telah memaksa adik-adiknya berpindak ke rumah flat.

Bagaimanapun, Chacha melalui portal Bestjer menjelaskan bahawa mereka berpindah atas sukarela bukannya dipaksa dan mereka berpindah ke kondominium dan bukannya rumah flat.




Namun, Ismail Embong telah meluahkan perasaannya melalui FB miliknya. Ismail juga turut menghentam penulis artikel tersebut dan mengatakan penulis itu adalah penghancur keluarganya.




Makin hot masalah keluarga mereka ni. Sedih dan pilu tatkala membaca luahan Ismail Embong ini. Harapan isu ini akan selesai dengan kadar yang segera. Sebagai anak kita perlulah mengalah dan meminta maaf kepada orang tua kita. Siapalah yang suka digelar anak derhaka kan?
0 Komentar untuk "Perang Saudara Antara Chacha Maembong Dan Ayahnya Mencetuskan Kontroversi."

 
Copyright © 2014 Keat Berita - All Rights Reserved
Template By Catatan Info